Saturday, December 17, 2011

HABBATUS SAUDA

KHASIAT MAKANAN TAMBAHAN HABBATUS SAUDA
Khasiat habbatus sauda sudah diketahui seluruh dunia sejak beribu-ribu tahun lalu untuk meningkatkan kesihatan dan melawan penyakit. Di mana jua, habbatus sauda mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana ia juga diketahui sebagai penawar mujarab mengubati penyakit dan mengandungi lebih daripada 100 komponen yang boleh meransang seseorang untuk kembali bertenaga dan sihat semula.Tumbuhan ini banyak didapati di kawasan Mediterranean dan beriklim gurun.

Habbatus sauda (Nigella sativa) adalah pohon yang mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang mana di dalamnya terdapat biji yang berkhasiat tinggi. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai Jintan Hitam. Sejak berkurun yang lampau, herba dan minyak Habbatus Sauda ini digunakan berjuta orang di Asia, Timur Tengah dan Afrika untuk kesejahteraan dan kesihatan. Mengapa ia menjadi pilihan dijelaskan dalam satu hadis Nabi Muhammad S.A.W, Baginda bersabda;

"Jintan Hitam (habbatus sauda) adalah penawar bagi semua penyakit kecuali Saam
(iaitu kematian)" (hadis riwayat Abu Hurairah; Bukhari; Ibn Maja dan Masnad Ahmad).

Bagi meyakinkan hadis ini, banyak kajian dilakukan dan ternyata ia memberi kesan yang positif terutamanya dalam bidang perubatan dan kesihatan. Herba ini diguna sekian lama bagi merawat pelbagai penyakit antaranya bronkitis, sakit sendi, radang, meransang pengeluaran susu ibu, menolong sistem pencernaan dan menyokong sistem imunisasi

Kelebihan yang terdapat pada tumbuhan ini bukan direka-reka, tetapi ia sudah direkodkan sejak tahun 1,400 Masihi dan banyak laporan penyelidikan sudah dilakukan serta diisytihar di seluruh dunia mengenai Habbatus sauda ini. Tindakan antibakteria dan antimycotic yang terkandung dalam minyak Habbatus sauda ini mampu untuk menghalang semua jenis keadaan radang daripada terjadi. Selain itu, secara amnya juga, ia membantu meransang tulang sum-sum dan sel sistem imum supaya lebih kuat lagi.

Di dalam setiap kapsul lembut, terkandung lebih 100 komponen asli habbatus sauda antaranya minyak saponins, alkaloids, asid amino, kalsium, zat besi, sodium, potasium dan serat. Produk berasaskan habbatus sauda adalah selamat dan sesuai diamalkan sesiapa saja, tidak mengira umur tetapi mengikut keperluan yang ditetapkan. Ia juga tidak mempunyai kesan sampingan berdasarkan kepada sejarah penggunaannya sejak ribuan tahun dahulu.

Bagi yang mengidap kencing manis, habbatus sauda mampu merendahkan paras glukosa darah, namun rawatan susulan daripada doktor juga perlu dilakukan. Ia juga mampun mengawal paras kolesterol darah kembali kepada normal. Pengguna yang masih dalam rawatan dan mengambil ubat seperti yang disyorkan oleh dokyot juga tidak perlu bimbang kerana habbatus sauda ini bukan sejenis ubat. Ia lebih dikenali sebagai makanan tambahan dan diperakui herba paling selamat serta paling lama digunakan dalam sejarah manusia. Ia menunjukkan kesan positif kepada pesakit asma, tetapi bagi wanita mengandung pula disarankan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar sebelum mengambilnya. 
RM17.00 ( 10% diskaun)

Dalam erti kata lain, Habbatus sauda mampu mengekalkan sistem biologi dan cecair badan supaya normal, namun yang mengidap penyakit kronik, rawatan pakar masih diperlukan.

Admin Nur-mycare

No comments:

Post a Comment

LEAVE YOUR COMMENT HERE!

WELCOME

SELAMAT DATANG KE 'NUR MYCARE HERBS
SHOP'
.
JANGAN LUPA KUNJUNGI WEBSITE BARU KAMI UNTUK MEMESAN PRODUK . SILA KLIK DISINI.

NIKMATI PELBAGAI BARANGAN KESIHATAN,
KECANTIKAN DALAMAN, UBATAN TRADISIONAL DAN SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK
KESIHATAN ANDA SEKELUARGA.


"NOW YOU CAN BUY ONLINE"

produk diNUR MYCARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts