PETUA KULIT CANTIK

Nie nak bagi tips sket...rugi sapa2 tak baca tau...sebab dulu I pun ada masalah jerawat yang serius ( late 1998 – 2000)... sebab jerawat punya pasal dan tengok member2 guna macam produk kecantikan, mula la gatal tangan nak picit jerawat dan guna macam2 produk untuk hilangkan jerawat tu...hasilnya; jerawat makin teruk, muka penuh dengan scar serta kulit jadi sensitif dan berjeragat...Ma (my mother) I dah bagi macam2 petua nak hilangkan jerawat dan resdung ( kata Ma, jerawat tumbuh sebab ada resdung..huhuhu)... Lepas habis one year kat pharmacy course, aku sendiri terpikir nak ubah cara penjagaan kulit.... (lepas dah buat pembacaan tentang Pseuomonas sp, sejenis bacteria yang menyebabkan acne kat muka..... wajib tau)

Petua Merawat Jerawat Di Wajah



Petua Yogurt


Anda suka yogurt? Hmmm...saya merupakan salah seorang penggemar yogurt. Yogurt ni, di samping sedap dan menyihatkan, juga boleh dijadikan sebagai remedi untuuk merawat jerawat.


Caranya adalah dengan apply yogurt ke kulit wajah setiap hari sebagai masker. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air mati.


Petua Bawang Putih

kalau anda boleh bau bawang putih, silalah cuba petua ini:


Bahan-bahan : Seulas bawang putih (tumbuk), 1 sudu kecil madu, 1 sudu kecil jus carrot dan putih telur dari sebiji telur ayam.


Cara-caranya : Pukul dulu telur putih tersebut sehingga nampak kembang. Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan lain dan adunan ini dipukul lagi sehingga betul-betul sebati.


Gunakan ramuan tadi HANYA pada tempat yang berjerawat sahaja. So takderlah busuk sangat...
--------------------------------------------------------------------------------

Petua Mencerahkan Wajah Yang Kusam
Saya ada petua mudah untuk mencerahkan kulit wajah yang dah nampak kusam (mungkin dimamah usia ataupun terlalu banyak terdedah dengan pencemaran)


Petua Pertama :


Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung beserta beberapa titisan air mati. pukul sehingga sebati ajer. Kemudian adunan tadi diletakkan ke seluruh kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. Kemudian kita perlu tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala supaya aliran darah dapat beredar dengan baik. Aliran darah dalam badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah.


Tunggu sehingga 5-10 minit. Kemudian bilaslah wajah seperti biasa dengan air mati juga. Air mati ini baik untuk kesihatan kulit wajah. Jadi amalkanlah selalu membasuh wajah dengan air mati.


Petua Kedua :


Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati dihasilkan.


Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah).


Cara nak apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping kain kasa atau tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan kain kasa atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku.


Rutin ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi.


Cuci semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah sepeti biasa...Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan dahulu sebelum air sejuk.


*Petua yang mudah dan berkesan, malah seronok jika dapat dilakukan selalu.
--------------------------------------------------------------------------------


Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah

Sebenarnya kalau diikutkan, memang tiada ubat untuk penuaan (kedutan) nih. Sebab kita adalah sebahagian daripada alam dan kehidupan, so ada timeframe kita yang tertentu. Ada masa untuk jadi baby, kanak-kanak, remaja (ni masa paling best! Heee), menjadi seorang dewasa dan menjadi golongan warga emas.


Bagi saya, tiada satupun krim atau ubat dalam dunia ni yang boleh membuatkan kita muda selama-lamanya. Kalau ada pun, itu palsu belaka contohnya seperti botox dan susuk. Hakikatnya kita memang dah tua walaupun wajah 'tua' tu dah dilitupi dengan botox dan susuk


Apa yang boleh kita buat adalah 'mengurangkan' kadar kekedutan tersebut supaya tak adalah nampak macam 'buruk' sangat kedut pada wajah kita tu.

Inilah serba sedikit petua yang saya tahu untuk mengurangkan kedut di wajah :

Bahan-bahan :


1) Lobak merah/ tomato


2) Sebiji kuning telur


3) Sesudu tepung jagung


Cara-cara :


Parut lobak merah (agak-agak la banyak mana untuk disatukan dengan sebiji kuning telur). Then masukkan kuning telur tersebut bersama tepung jagung. Kacaulah sehingga sebati sebelum melumurkannya ke kulit wajah. Tunggu sehingga agak kering, selepas itu barulah boleh dibilas dengan air suam-suam kuku...


Insyallah, petua ini akan membuatkan kulit muka anda terasa segar dan tegang.
--------------------------------------------------------------------------------




Petua Memastikan Parut Tidak Meninggalkan Bekas


Hari ini saya ada petua untuk menghilangkan parut/memastikan parut tidak meninggalkan bekas. Caranya mudah sahaja :


Dapatkan bunga raya merah. Ambik kelopaknya sahaja dan tumbuk sehingga hancur. Selepas itu sapukan kelopak bunga raya yang telah dihancurkan tadi pada parut di wajah. Biarkan sehingga ia kering sebelum dicuci dengan air suam. Petua ini boleh dilakukan setiap hari terutama kepada anda yang mahu mendapatkan hasil yang cepat.


Seperti yang saya katakan tadi, petua ini sangat mudah untuk dilakukan, cuma yang payahnya mungkin bab mendapatkan bunga raya merah tersebut. Saya ada satu cadangan kepada anda semua. Apa kata mulai hari ni kita mula tanam tumbuh-tumbuhan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Mulalah dengan


menanam pokok yang mudah hidup dahulu. Antaranya bunga raya merah ni. Memang mudah hidup .


Prinsip kecantikan : "Biar payah dan leceh, tapi cara tradisional dan semulajadi adalah cara yang paling mujarab untuk kecantikan kulit anda" :P


--------------------------------------------------------------------------------

Petua Hilangkan Parut


Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.

Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)


Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...
--------------------------------------------------------------------------------


Petua Merawat Sunburn (Kulit Muka Terbakar)




Petua Merawat Sunburn :


Caranya adalah dengan basuh sebiji kentang, then kukus sehingga benar-benar masak lembut. Tak perlu buang kulitnya, cuma basuh sahaja. Selepas itu lenyek kentang tadi sehingga benar-benar halus (ala-ala kentang lenyek KFC). Kemudian letakkan paste kentang tadi pada kulit wajah yang terbakar. Insyaallah, kulit akan terasa nyaman dan segar semula. Cubalah
--------------------------------------------------------------------------------

Petua Melembabkan Kulit Wajah


Petua ini mengunakan kubis. Caranya adalah dengan mengisarkan kubis menggunakan blender. Tapis dan perah kubis yang telah dihancurkan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja. Kemudian ianya dicampurkan dengan sedikit madu lebah dan kalau ada campurkan juga dengan sedikit air kelapa. Sapu ke kulit wajah dan biarkan sehingga ia mengering sendiri. Kemudian bilaslah muka seperti biasa.


Petua ini boleh diamalkan setiap 2 hari sekali.
--------------------------------------------------------------------------------

Petua Awet Muda Untuk Wajah


Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.


Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.


Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.


--------------------------------------------------------------------------------


Menggebukan + Mencerahkan Kulit Badan

Sental badan dengan hampas kelapa yang telah diparut. Apply pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali.buat 2 minggu sekali.Hasilnya memang memberangsangkan. Kulit nampak lebih cerah dan bercahaya. Yalah kan. Kita ni setiap hari terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran. Terutama sekali bagi kita-kita yang kena bawa kereta sendiri/naik bas/naik motorsikal. So, kenalah jaga kesihatan dan kulit kita, baik dari dalam atau luaran.

--------------------------------------------------------------------------------


Petua Kembali Langsing Selepas Bersalin


1)Pastikan flusk air panas sentiasa di sisi anda


- Sekali minum separuh gelas ajer. Minum dengan kerap. Baru terbakar semua lemak kat dalam badan tu






2) Minum air rebusan daun inai.


- Minum yang sedang suam/panas. Minum yang telah sejuk pun ok, tapi kurang berkesan. Saya meminum air rebusan inai ini dua kali sehari (sebelum mandi pagi dan di waktu petang).






4) Bertunku


- Ini amat penting untuk mengembalikan kedudukan rahim dan memanaskan serta membuang lemak di bahagian perut
--------------------------------------------------------------------------------


Petua Rawatan Mata


BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.




MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.




KELETIHAN MATA


Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

--------------------------------------------------------------------------------


Petua Melebatkan Bulu Kening


Bahan-bahan


1) Beberapa tangkai daun sirih


2) Lendir daun lidah buaya


Cara Pemakaian

Ambil daun sirih, celupkan tangkainya ke lendir daun lidah buaya. Kemudian sapukan ia pada kening perlahan-lahan. Sapu seperti anda hendak membentuk kening menggunakan pensil kening. Melalui cara ini, anda bukan sahaja dapat melebatkan bulu mata, malah bentuk kening juga dapat diperkemas dan diperindahkan

 
RUMUSAN:
Sekarang nie I nak kongsi ngan kengkawan petua untuk dapatkan kulit yang cantik, gebu dan sihat... petua nie I amik dari blogger Nurulbadiah lai ( kredit untuk nurulbadiah...sori ya Nurul, akak nak kongsi dengan kawan2 akak skali)... kulit dia memang cantik, gebu dan putih hasil dari mengamalkan tips2 di bawah... bff ngan roomate dia pun amalkan sama, then kulit dia orang memang cantik dan licin... I pun masih dalam proses mengurangkan scar dan jeragat yang dulu...

So, let check it out..


I). Pastikan guna pencuci muka yang berasakan bahan semulajadi...tiada bahan kimia...bahan dari sumber semulajadi termasuklah susu, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan... pastikan bila buihnya masuk dalam mata kita, tak rasa pedih sangat...kalau pedih mata, sah memang banyak bahan kimia... Nurulbadiah guna sabun susu beras yang RM5 hinggit katanya..I pun tak pasti cap apa...hand made kut... Tapi kalau sabun susu beras, Kat Nur Mycare herbs shop pun ada ...sabun susu beras citra lestari...( promote kedai sket...nie lah tujuannyer erk?..takde lah, jus info..nak cari kat kedai lain pun takpe...)...elakkan daripada menggunakan produk kimia untuk jangka panjang termasuk produk pengelupasan...nanti kulit akan rosak teruk dan jeragat maskin worst...

II). Haa...nie petua yang Nurulbadiah lai dan bff dia amalkan... (I pun pernah cuba dulu)..Ramaskan tomato dengan putih telur dan letak kat muka macam masker...biarkan sampai kering ( at least 1 hour)...pastu cuci muka dengan air suam... amalkan selalu, sekurang2 nya 2 minggu skali kalau tak leh wat seminggu skali... adik Nurul tu cakap, dia pun dulu ada scar dan jerawat, then hari2 dia buat..lama2 scar tu hilan, kulit jadi halus sangat, jerawat tak umbuh lagi dah...paling ketara kulit jadi tegang dan gebu cam kulit baby... I tak nafikan memang kulit adik Nurul kita dan bffnya memang licin dan gebu lepas amalkan petua nie...

III). Nie petua nenek moyang...rasanya smua dah tau...orang tua2 dulu ajar cara nak dapatkan kulit yang cantik dan berseri ( Mak Dara pun ada ajarkan petua ni)...make sure selepas bangun tidur (sebelum gosok gigi dan mandi)...at least minum segelas air suam/ air masak... dalam air liur basi tu (jangan geli sudah...I serius nie) ada sejenis enzim dan beberapa bakteria baik yang boleh menghadamkan karbohidrat/ kanji dan jika ditelan akan membantu memudahkan proses pencernaan hari tersebut... Pakar Pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Prof madya Dr. Rokiah Mohd Yusof berkata antara bakteria baik ialah lactobacillus dan bisido bacteria berkhasiat untuk sistem pencernaan...

IV). Paksa diri untuk makan sayur dan ulam-ulaman ( tolak petai, jering dan kerdas...huhuhu ).... yang nie memang dah terbukti berkesan untuk dapatkan kulit yang awet muda... I pun memang suka ulam-ulaman, tapi bila dah kerja dan beranak lima nie, tahan buzy tu dah sampai tahap gaban pulak... dah lama tak sempat nak menjengak ke pasar...( alaaa....nasik goreng lagi, kakaK tak suka dah nasik goreng......kata Along....huhuhu)...bukan malas tapi tu yang paling cepat disediakan dan ada semua sayur dan lauk...kena perbaiki diri lagi nie..

V). Ada terbaca dalam banyak buku pasal petua nie..kat blog Nurulbadiah pun ada...kalau mandi, basahkan kaki terlebih dahulu, baru naik ke atas badan sehingga kepala....tak tau kenapa, ada orang kata tak nak sel2 badan terkejut ( tak pasti, blum wat review lagi..), tapi kata orang tua2 nak badan sihat, dan kulit awet muda dan otak cergas, basuhkan kaki dulu baru kepala...

VI). Jangan mandi dan cuci muka semasa badan masih berpeluh...biarkan badan sejuk terlebih dahulu baru cuci muka....nanti muka cepat berkedut, hangus dan nampak lebih tua dari usia...

VII). Nie tips dari adik Nurulbadiah... leh chat denganya kat Fb kalau tak caya...bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat, setiap malam, amalkan basuh muka dengan air suam..amalkan selalu, dan letakkan petua tomato dan putih telur di muka.... kesan jerawat akan hilang agak lambat tapi secara semulajadinya ia akan beransur kering dan parut2 jerawat akan beransur2 hilang... biasanya kita nie, kalau pakai satu2 produk nak hasilnya cepat, bila pakai tiga empat hari tak jadi mula lah kata tak berkesan...sebenarnya, apa yang penting adalah disiplin... sikit2 lama2 nampaklah hasilnya...

VIII). Kalau yang berjerawat teruk sagat, boleh amik antibiotik di samping petua di atas untuk membunuh bakteria yang bermaharajalela tu... topical atau oral antibiotic boleh di didapati di pharmacy outlet atau mana2 skin clinic...

IX). Seboleh2 nya setiap kali cuci muka, make up or apa saja...mulakan dengan selawat 3 kali... baru muka berseri2... insyaallah...

WELCOME

SELAMAT DATANG KE 'NUR MYCARE HERBS
SHOP'
.
JANGAN LUPA KUNJUNGI WEBSITE BARU KAMI UNTUK MEMESAN PRODUK . SILA KLIK DISINI.

NIKMATI PELBAGAI BARANGAN KESIHATAN,
KECANTIKAN DALAMAN, UBATAN TRADISIONAL DAN SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK
KESIHATAN ANDA SEKELUARGA.


"NOW YOU CAN BUY ONLINE"

produk diNUR MYCARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts