PETUA RAMBUT

PETUA MELEMBUT DAN MEMBUATKAN RAMBUT CANTIK BERSINAR



Gunakan ajer daun teh yang telah digunakan (used tea leaves). Daun teh ni blh membuatkan rambut kita segar, lembut dan bersinar-sinar.

Caranya, basuh daun teh yang telah digunakan itu dengan air bersih. Then campurkan daun teh tersebut ke dalam segelas air bersih. Tutup gelas tersebut dan biarkannya semalaman.

Keesokan harinya, tapis daun teh tersebut. Campurkan air daun teh yang telah ditapis tadi dengan sesudu jus limau nipis / limau kasturi / lemon (ini lebih baik). Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kali bersyampu. Insyaallah, rambut anda akan lebih cantik, lembut dan bersinar selepas beberapa kali menggunakan ramuan ini.

Satu lagi petua mudah adalah dengan menggunakan jus lemon /limau nipis sebagai conditioner rambut. Sebiji ajer dh mencukupi untuk dijadikan conditioner rambut ni. Tapi campurkan dulu jus limau / lemon ni dengan secawan air suam, kemudian baru apply kat rambut sebagai conditioner.
Selamat Mencuba..........
--------------------------------------------------------------------------------


PETUA MENGURANGKAN RAMBUR GUGUR
Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu



PETUA MERAPI DAN MEMBELAI RAMBUT:

Petua nie di petik dari blog Dr Fauziah dari PJ... sori ye kak G, cedok petua untuk di kongsi dengan kengkawan...menurut kak G petua nie diturunkan oleh amalan datuk dan moyangnya untuk di jadikan amalan. Petua nie telah terbukti berkesan apabila moyang kak G yang sudah meninggal dunia pada umur > 80 tahun tetapi tidak mempunyai uban pun di kepalanya, kalau ada pun hanya sehelai dua yang tersembunyi...

Jom kita tengok dan sama2 amalkan...!

Petua Harian:
• Setiap kali selepas bangun tidur, baca Bismillah dan sambil berselawat, usap rambut perlahan-lahan dari gigi rambut di dahi serta telinga membawa hingga ke tengkuk. Lakukan 3 - 7 kali.
• Ambil rambut sekitar banyak yang dapat dibelitkan ke jari, putarkan perlahan-lahan di jari sambil terus berselawat.Kemudian rentap manja dan dudukkan semula rambut. Lakukan ke seluruh bahagian rambut. Jika dapat ulangkan 3 kali.
• Ambil air embun jantan di pokok dan dengan mengadap kiblat serta sambil berselawat, usapkan dari bahagian dagu ke seluruh muka membawa ke seluruh rambut beberapa kali.
• Gunakan air bunga mawar, bunga melur dan serai wangi untuk usapkan di kepala & rambut selepas mandi.
• Pedap rambut perlahan-lahan untuk mengeringkannya. Jangan amal keringkan rambut dengan mengguna tuala.

Petua Menjaga Rambut Secara Berkala

1. Campuran Bijan: (Untuk lebat dan kilatkan rambut. 1 - 2 kali seminggu.)
• Basuh dan jemur semangkuk bijan, 3 biji buah keras dan 1 batang serai wangi/serai hingga kering.
• Tumbuk/Mesin halus. Simpan dalam bekas.
• Ambil secukup ramuan dan bancuh dengan putih telur atau air suam. Larutkan.
• Sapukan di kulit kepala dan oleskan perlahan-lahan. Kemudian baru lurutkan ke rambut.
• Tutup kepala dengan tuala lembab suam selama 1 jam atau lebih.
• Bersih dengan air-air suam kuku sehingga bersih.

2. Pinang dan kayu getah: (Untuk hitamkan rambut. 1 - 2 kali seminggu.)
• Bakar pinang dan kayu getah hingga menjadi arang. Sejukkan. Biarkan menggering selama beberapa hari.
• Tumbuk/Mesin halus. Simpan di dalam bekas.
• Ambil secukup ramuan dan campur dengan sedikit minyak kelapa atau santan pekat. Sebatikan.
• Sapu ke seluruh kulit kepala dan rambut.
• Tutup dengan tuala lembab suam selama sejam atau lebih.
• Bersihkan dengan air suam kuku.

3. Minyak Sapi/Minyak Zaitun,Gel Lidah Buaya & Lendir Daun Bunga Raya: (Untuk kuatkan rambut supaya tidak mudah gugur dan beruban. Seminggu sekali.)
• Ambil semangkuk kecil gel daun lidah buaya dan campurkan dengan sedikit minyak sapi atau minyak zaitun.
• Ambil 20 - 30 helai daun bunga raya dan ramas keluar lendirnya di dalam sedikit air. Buang daun.
• Campur semua adunan dan gaul sebati.
• Sapukan ke seluruh kulit kepala. Gosok perlahan-perlahan.
• Tutup dengan tuala lembab suam selama sejam.
• Buangkan tuala tetapi biarkan menggering di kepala selama beberapa jam.
• Bilas bersih dengan air suam kuku.

4. Kulit Rambai, Limau Purut dan Daun Rambutan: (Untuk sihatkan rambut, mencegah gatal-gatal dan kelumumur. Mengikut keperluan atau sebulan satu/dua kali.)
• Tumbuk/Mesin 1 mangkuk kulit rambai dan daun rambutan hingga halus.
• Potong 2 biji limau purut dan perah jusnya.
• Campur kesemua bahan termasuk kulit limau purut. Gaul sebati.
• Sapukan ke seluruh kulit kepala dan gosok perlahan-lahan seketika. Biar hingga kering di kepala.
• Bilas bersih dengan air suam kuku.


Saya sendiri pun tak pernah buat lagi dan tak sempat nak amalkan...tapi takpe, daripada tak amalkan langsung, baik amalkan sket2 dulu...buat mana yang sempat dan senang nak dapatkan bahannya (utk petua harian je laa..)..

WELCOME

SELAMAT DATANG KE 'NUR MYCARE HERBS
SHOP'
.
JANGAN LUPA KUNJUNGI WEBSITE BARU KAMI UNTUK MEMESAN PRODUK . SILA KLIK DISINI.

NIKMATI PELBAGAI BARANGAN KESIHATAN,
KECANTIKAN DALAMAN, UBATAN TRADISIONAL DAN SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK
KESIHATAN ANDA SEKELUARGA.


"NOW YOU CAN BUY ONLINE"

produk diNUR MYCARE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts